Saturday, March 8, 2014

Kajian JOHOTIN (7167) - Kemaskini 8 Mac 2014

Kemaskini 8 Mac 2014

28 Feb - Johore Tin Behad mencatatkan peningkatan kecil keuntungan tahunan sebelum cukai  berbanding tahun lalu kepada 27.9j berbanding 27.5j pada tahun 2012. Dividen pada tahun ini dicadangkan pada kadar 7.2 dari 3.8 per syer bagi menarik pelabur untuk terus melabur.

Dengan potensi kenaikan tertinggi 2.18 pada tahun lalu, tidak mustahil, nilai tersebut boleh dicecah semula pada Q2 tahun ini dengan harga sekarang 1.64 (8 Mac 2014) (+26.2%)

Sabar dan selamat melabur!

Harga sokongan masih kekal pada 1.59.



JOHOTIN berupaya keluar daripada MACD negatif!




7 Feb 2014 - Kaunter JOHOTIN hari ini telah menunjukkan potensi untuk memulakan MACD positif apabila berjaya ditutup pada harga RM1.65.

Ratio risiko dan ganjaran adalah pada nilai 1:3.8 iaitu kebarangkalian untung adalah ~4 nisbah 1. Jika kenaikan berlaku tanpa halangan, nilai sasaran RM1.71 (R1) boleh dicapai menjelang minggu ke 5 bulan ini. S1 terhampir adalah RM1.59 dan S2 pada RM1.53.

Johore Tin Berhad adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia yang terlibat dalam pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan pengurusan. Aktiviti-aktiviti utama anak-anak syarikat syarikat adalah industri pembuatan tin dan juga percetakan plat timah. Produknya termasuk biskut tin, minyak dan minyak sapi sayuran yang boleh dimakan tin, plastik tin jerry, cat dan bahan kimia tin, susu pekat manis dan sejat tin susu, tin nanas dan tin makanan diproses. Sehingga 31 Disember, 2010, subsidiari Syarikat adalah Johor Tin Kilang Sdn. Bhd, Unican Industries Sdn. Bhd, Kluang Tin & Can Factory Sdn. Bhd, dan PT Medan Johor Tin. Pada 1 November 2011, Syarikat turut membeli Able Dairies Sdn Bhd

RHB menyasarkan harga RM 1.60 daripada jangkaan asal RM2.19 berasaskan faktor kelemahan segmen F&B dan cukai yang tinggi berbanding pendapatan syarikat. Alasan penjualan yang negatif akibat kes-kes seperti botulisma seperti tidak boleh diterima akal. Syarikat yang besar mampu menyelesaikannya melalui pengenaan Kawalan Kualiti yang lebih baik dan kritikal terhadap produk sekaligus mengurangkan halangan perdagangan.

Laporan sukuan ketiga tahunan berakhir 30 Sep 2013


Dividen: 3 - 4.2% (FY2011-2013)

Tahun 2014? 



Bukankah lebih 50% daripada 28 Juta penduduk Malaysia masih menggunakan tin dan ianya boleh dikitar semula! Sekiranya anda kritikal, anda pasti dapat menyelami permainan ini.

Selamat berniaga! | Kita merancang dan berusaha, Tuhan yang menentukan.

Sumber:
1. http://www.johoretin.com.my/
2. http://klse.i3investor.com/
3. Chartnexus
4. http://www.bursamalaysia.com/