Saturday, February 8, 2014

Kajian AWC (7579) - 8 Feb 2014

AWC sudah melepasi halangan 0.31 sen!




6 Feb 2014 - Kaunter AWC telah melepasi harga halangan 0.31sen hari ini iaitu harga tertinggi sepanjang penyertaannya di dalam Bursa Saham KL.

AWC Berhad adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan dalam kepakaran perkhidmatan kejuruteraan. Berkecimpung dalam perkhidmatan pengurusan aset seperti pengurusan kemudahan bersepadu dan khidmat kejuruteraan kepada pemilik bangunan. Perintis dalam reka bentuk dan bekalan automatik pneumatik sistem pengumpulan sisa (AWCS) dengan rekod prestasi yang terbukti di Malaysia, Singapura dan Timur Tengah. AWC juga terkenal dengan teknologi baru, AWC adalah barisan hadapan dalam perkhidmatan bangunan hijau menawarkan penyelesaian pengurusan tenaga.

Sasaran:
TA menyasarkan harga pada 0.53sen yang dijangka pada bulan Ogos sekiranya kenaikan tanpa konsolidasi.

Kekuatan:
Pemberian dividen sejak tiga tahun kebelakangan 1-2% (FY2011-2013) dengan bilangan maksima 3 kali setahun pada tahun 2011.

Kekuatan kewangan:
Biar gambar laporan audit sehingga Jun 2013 di bawah ini berbicara:





Prospek tahun 2014:
Melalui sejarah kejayaan Wisma Mahmud di Kuching, Sarawak dan Galeria PjH di Presin 4. Tidak mustahil kompetensi ini dapat diteruskan bagi projek penswastaan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan Kerajaan di Zon Selatan dan Sarawak serta prospek di Singapura.

Masih belum terlambat dan selamat berurus niaga!

Sumber:
1. http://klse.i3investor.com/
2. http://www.awc.com.my/
3. Chartnexus

1 comment: