Monday, December 28, 2015

DIGISTA 0029

DIGISTA 0029 - 28 Dis 2015

Mampukah DIGISTA sedang menguji paras halangan 0.215 dan 0.235 selepas berjaya mengatasi 2 halangan berturut-turut pada hari ini dan ditutup pada 0.21?

1. Kebelakangan ini berlaku pengumpulan share oleh Director walaupun kelihatan sukuan ketiga pendapatan syarikat tidaklah begitu memberangsangkan, malah, sentimen cuti hujung tahun tidak mempengaruhi sebarang pelupusan share memberi signal potensi pegangan. Adakah ini tanda bermulanya tren melalui volume spike pada hari ini setelah ia gagal untuk kekal pada harga komitmen RM 0.22 November lalu atau ia adalah satu perangkap sebelum keputusan sukuan keempat keluar?

2. TP (Medium)
DT = 0.210 (achieved)/ 0.235/ 0.26 / 0.285
FIBO = 0.220/0.24/0.275

3. Support 0.205/ CL=<0.195 (Nilai belian terakhir oleh Pengarah) / 0.155 



Digistar Corporation Berhad (Digistar) adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, terlibat dalam perniagaan pegangan pelaburan. Ia beroperasi dalam lima segmen; integrasi sistem , perdagangan, penyelenggaraan, pegangan pelaburan dan sewaan. Syarikat itu memberi tumpuan dalam menyediakan reka bentuk, membekal, memasang dan integrasi infrastruktur teknologi maklumat, tele-persidangan , rangkaian kawasan tempatan, sistem pengurusan media interaktif, radio dan berita televisyen automasi , sistem telekomunikasi , audio bersepadu dan sistem visual dan lain yang berkaitan elektronik sistem. Anak-anak syarikatnya termasuk Digistar Holdings Sdn. Bhd., Digistar Properties Sdn. Bhd., Digistar Rauland MSC Sdn. Bhd. Dan Digistar Vision Sdn. Bhd. Pada 24 Oktober 2011, Syarikat telah melupuskan keseluruhan kepentingan 60% dalam Digistar Vision Sdn. Bhd.


Oleh: Shafiq Neurotrader

Sumber:
http://klse.i3investor.com/

No comments:

Post a Comment